Untuk makluman warga Taman Alamanda, jiran kita di kawasan
perumahan kos rendah En Saffian yang sakit dan tidak dapat bekerja menyara
hidup keluarga, semakan di laman web JKM mendapati permohonan bantuan JKM
beliau telah ditolak. Oleh itu harap warga Taman Alamanda dapat membantu En
Saffian.
*************
Jom kita bantu jiran kita di Taman Alamanda yang memerlukan
Salam, pesanan ini adalah untuk teman-teman dan jiran-jiran
saya di Taman Alamanda, Senawang. Mungkin ada yang tak perasaan ada jiran kita
yang memerlukan bantuan pada ketika ini. Untuk makluman Encik Saffian bin Mat
Jani, 48 tahun di No 77, Jalan Alamanda 5 telah menjalani pembedahan membuang
tiga jari kakinya, kulit dikedua-dua belah kakinya telah dibuang akibat
beberapa komplikasi sejak tahun lepas lagi.
Beliau bekerja sendiri sebelum ini, kini tidak mampu
bekerja, kerana tidak mampu untuk bangun dan bergerak seperti biasa serta
memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk perubatan.
Walaupun telah mendapat bantuan Baitul Mal namun ianya tidak
mencukupi untuk perbelanjaan. Ianya dibantu dengan bantuan dari jiran, saudara
mara dan kenalan.
Permohonan JKM telah dibuat, namun belum ada jawapan
positif.
Justeru itu saya menyarankan warga Alamanda yang ingin
membantu bolehlah melawat beliau sekeluarga di alamat tersebut.
Anak beliau yang masih bersekolah bekerja pada sebelah malam
di warung burger Zairol di Jalan Alamanda 1, kawasan perumahan kos rendah.
Untuk sahabat-sahabat di taman lain pun saya percaya ramai
jiran setaman tuan-tuan yang memerlukan bantuan seperti Encik Saffian ini.
Carilah mereka, bantulah mereka, semoga ALLAH mencurahkan rahmah, kasih sayang
kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment