Wednesday, July 27, 2011

Curi motosikal berleluasa di Seremban

Saya menerima SMS yang melaporkan cubaan mencuri motosikal di rumah jiran saya di Jalan 6, Taman Alamanda, Senawang pada pukul 2 pagi Rabu 27 Julai 2011, oleh 2 orang pemuda berbangsa Melayu yang membonceng motosikal Honda EX5 dengan plet no NC* **** (no tidak dinyatakan, menunggu siasatan polis samada plet no sah atau palsu)

Laporan polis telah dibuat oleh mangsa.

Marilah kita berdoa agar pihak polis dapat dengan segera melakukan siasatan berdasarkan laporan yang diterima.

Artikel saya sebelum ini, kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara yang menegaskan antara faktor curi kenderaan berleluasa di negara kita adalah disebabkan oleh gejala rasuah di http://waghih.blogspot.com/2011/07/kes-curi-kenderaan-semakin-berleluasa.html

Tuesday, July 12, 2011

Sambutan Ramadhan Taman Alamanda 23 Julai 2011

Kepada :
Semua muslimin dan muslimat penghuni Taman Alamanda

Assalamualaikum ,

PER : SAMBUTAN RAMADHAN, BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT

Sukacita dimaklumkan tuan/puan sekeluarga dijemput untuk menghadiri Majlis Sambutan Kedatangan Ramadhan, Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk pelajar UPSR/PMR/SPM/STPM pada Sabtu 23 Julai 2011 di Surau Taman Alamanda. Aturcara majlis adalah seperti berikut :

9 pg – Gotong royong membersih surau
2 ptg – Gotong royong memasak
7.20 mlm – Solat Maghrib / Bacaan Yasin
9.00 mlm – Solat Isya / Solat Hajat / Jamuan makan malam
10 mlm – Berkemas dan bersurai

Semoga dengan kehadiran tuan/puan sekeluarga , akan memberi manafaat kepada kita semua serta mengeratkan persaudaraan dan kerjasama sesama kita dan dirahmati Allah swt.

Sekian, wassalam.

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Yang menjalankan amanah ,
Khairuzzaman bin Mohd Yusof
Pengerusi Surau dan Taman Alamanda

BORANG SUMBANGAN SAMBUTAN RAMADHAN, BACAAN YASIN,
SOLAT HAJAT

Nama :
Alamat :
Tel :
Sumbangan : RM
Cek atas nama : JAWATANKUASA SURAU TAMAN ALAMANDA
Bank Muammalat Seremban . No Akaun : 05010001181713

Monday, July 11, 2011

Kuliah Tafsir Ust Badrul 22 Julai 2011 Surau Alamanda




KULIAH TAFSIR
Oleh Ustaz Badrul Hisham bin Mohd. Yasin
Tarikh : 22 Julai 2011
Hari : Jumaat
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir