Monday, June 30, 2014

RAKAN MASJID BANDAR BARU SENAWANG




Kepada ahli kariah Masjid Bandar Baru Senawang sila dapatkan Borang Kaji Selidik Ahli Kariah Masjid Bandar Baru Senawang di Premis Perniagaan Rakan Masjid Bandar Baru Senawang yang berikut :

1. Agensi Imtiyaz Dataran Senawang
No 122-1 Tingkat Atas
Jalan Taman Komersial Senawang 5
Tel : 06-679 2617

2. Warung Burger/Roti John ZAIROL
No 47, Jalan Alamanda 1, Taman Alamanda
Senawang
Tel : 013-6000239

Kawasan taman perumahan yang terletak di dalam kariah Masjid Bandar Baru Senawang ialah Kuarters Balai Polis Senawang, Taman Desa Melor, PPR Senawang, Taman Jasmin, Taman Jasmin, Taman Alamanda, Taman Kobena, Taman Anggerik, Taman Matahari Height, Taman Bandar Senawang, Taman Matahari Indah, Taman Desa Dahlia, Taman Senawang Indah, Taman Desa Flora, Taman Teratai, Taman Desa Ixora, Taman Widuri           

Jom kita bantu jiran kita di Taman Alamanda yang memerlukan




Untuk makluman warga Taman Alamanda, jiran kita di kawasan perumahan kos rendah En Saffian yang sakit dan tidak dapat bekerja menyara hidup keluarga, semakan di laman web JKM mendapati permohonan bantuan JKM beliau telah ditolak. Oleh itu harap warga Taman Alamanda dapat membantu En Saffian.

*************
Jom kita bantu jiran kita di Taman Alamanda yang memerlukan

Salam, pesanan ini adalah untuk teman-teman dan jiran-jiran saya di Taman Alamanda, Senawang. Mungkin ada yang tak perasaan ada jiran kita yang memerlukan bantuan pada ketika ini. Untuk makluman Encik Saffian bin Mat Jani, 48 tahun di No 77, Jalan Alamanda 5 telah menjalani pembedahan membuang tiga jari kakinya, kulit dikedua-dua belah kakinya telah dibuang akibat beberapa komplikasi sejak tahun lepas lagi.

Beliau bekerja sendiri sebelum ini, kini tidak mampu bekerja, kerana tidak mampu untuk bangun dan bergerak seperti biasa serta memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk perubatan.

Walaupun telah mendapat bantuan Baitul Mal namun ianya tidak mencukupi untuk perbelanjaan. Ianya dibantu dengan bantuan dari jiran, saudara mara dan kenalan.

Permohonan JKM telah dibuat, namun belum ada jawapan positif.

Justeru itu saya menyarankan warga Alamanda yang ingin membantu bolehlah melawat beliau sekeluarga di alamat tersebut.

Anak beliau yang masih bersekolah bekerja pada sebelah malam di warung burger Zairol di Jalan Alamanda 1, kawasan perumahan kos rendah.

Untuk sahabat-sahabat di taman lain pun saya percaya ramai jiran setaman tuan-tuan yang memerlukan bantuan seperti Encik Saffian ini. Carilah mereka, bantulah mereka, semoga ALLAH mencurahkan rahmah, kasih sayang kepada kita semua.

Tuesday, June 24, 2014

CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN




CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN
Tarikh : 27 Jun 2014, Jumaat
Masa : 7.45 mlm, selepas solat Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Ustaz Dr Haji Muhammad Farid Hadhari bin Mohamed Rusdi
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Tuesday, June 3, 2014

KULIAH HADITH 40



KULIAH HADITH 40
Bersama Al Fadhil Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad
Tarikh : 6 Jun 2014, Jumaat
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir