Monday, November 28, 2016

SAVE ROHINGYA: Bantuan Kemanusiaan Masyarakat Rohingya



SAVE ROHINGYA: Bantuan Kemanusiaan Masyarakat Rohingya

Mereka dizalimi dan dibunuh
Mereka dihalau
Kediaman mereka dibakar
Kini musim hujan
Mereka kebuluran dan kesejukan

Sumbangan anda akan dihantar kepada masyarakat Rohingya:
1. Kewangan
2. Ubat-ubatan
3. Selimut, pakaian

Sila salurkan sumbangan ke CIMB (Yayasan Amal Malaysia) 8600-296-190

Atau hubungi:
1. 03-89280660 Pejabat Yayasan Amal Malaysia
2. 0182226796 Hj Jamulidin Elias
3. 0199831927 Hj. Zaman Abdullah

#saverohingya
#amalmalaysia



Monday, June 13, 2016

Musykil paip air kerap pecah



Musykil paip air kerap pecah
12 Jun 2016


SEREMBAN – Bukan sekali, sebaliknya kejadian paip pecah di Taman Alamanda, di sini, berlaku sekurang-kurangnya empat kali dalam tempoh empat bulan.

Setiausaha Surau Taman Alamanda, Zulkefle Husaian, 51, mendakwa, masalah itu berlaku sejak beberapa tahun lalu dan menimbulkan persoalan kepada penduduk kerana terlalu kerap berlaku.

"Kita berterima kasih kepada pihak Sains (Syarikat Air Negeri Sembilan) kerana setiap kali aduan dibuat, mereka segera membaik pulih kerosakan berlaku dalam masa sehari.

"Cuma kita musykil kenapa terlalu kerap paip pecah dan berlaku di beberapa tempat pula, adakah kerana paip itu sudah lama atau ada masalah lain," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan masalah kepada penduduk kerana setiap kali kerja-kerja pembaikan dilakukan, masalah air akan berlaku antara lima atau enam jam.

"Taman perumahan ini sudah 17 tahun, mungkin ada masalah paip dalam tanah yang memerlukan pemeriksaan sepenuhnya, tapi hanya Sains sahaja dapat menjelaskannya.

"Kami tak menyalahkan Sains, tapi sekadar mahukan penjelasan mengenai masalah ini yang menimbulkan tanda tanya penduduk," katanya.

Sementara itu, Sains ketika dihubungi Sinar Harian memberitahu akan mengenal pasti masalah yang berlaku.

Saturday, April 23, 2016

JOM SANTAI DI SURAU




JOM SANTAI DI SURAU
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Tarikh : 7 Mei 2016, Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 9.30 mlm

Semua Dijemput Hadir

A. PEMERIKSAAN & KAUNSELING KESIHATAN PERCUMA (9.30 pg - 12.30 tgh)
- Untuk ibubapa, belia, golongan veteran

B. PERTANDINGAN MEWARNA (9 pagi – 11 pagi)
- Untuk murid tadika, pra & sekolah rendah
- Sila bawa sendiri alat mewarna
- Penyertaan Percuma. Hadiah untuk pemenang

C. PERTANDINGAN REKACIPTA MODEL ROKET (9 pagi – 11 pagi)
- Untuk murid sekolah rendah, menengah serta lepasan SPM
- Rekacipta model roket dari bahan kitar semula sepertp botol plastik, kotak, kertas dll.
- Sila bawa sendiri alat-alat kerja dan bahan kitar semula.
- Penyertaan Percuma. Hadiah untuk pemenang

D. TALK : ANCAMAN DADAH & KESANNYA (10 pagi – 11 pagi)
- Oleh pihak AADK serta Pameran

E. TEROKAI SISTEM SURIA KITA & CERAPAN MATAHARI (11.15 pg – 1 tgh)
- Terbuka untuk Remaja & Belia.

F. SMART AL-FATIHAH (2.00 ptg - 3.30 ptg)
- Terbuka kpd umum
- Ibubapa/penjaga digalakkan turut serta
- Sila daftar nama peserta di meja urusetia pada jam 9.30 pg - 10.30 pg, 7 Mei 16.
- Hadiah utk peserta bertuah

G. JOM KENALI & RASAI MEMANAH SUNNAH (3 ptg – 6 ptg)
- Teori & Praktikal
- Terhad utk 30 org
- Sila daftar nama peserta di meja urusetia pada jam 9.30 pg - 10.30 pg, 7 Mei 16.

H. DISKUSI @ CERAMAH (8 mlm - 9.30 mlm)
"Imam Mahdi : Menyingkap Rahsia Penyelamat"
Oleh Prof.Madya Dr.Kamaluddin Nurdin, Universiti Sains Islam Malaysia

Hubungi urusetia untuk pertanyaan
016-666 9703 (Khairil), 017-204 4940 (Zairol), 013-304 0872 (Kadir)

Ruang/lot niaga hanya untuk peniaga dari Taman Alamanda. Untuk tempahan ruang/lot niaga, sila hubungi Setiausaha Surau Taman Alamanda, En.Zul di talian 012-6231552
- Ruang niaga terhad, Yuran : RM 10
- Kelengkapan & peralatan niaga spt meja, kerusi, dll. adalah diuruskan oleh peniaga sendiri.
- Kebersihan diutamakan

Thursday, March 17, 2016

CERAMAH KHAS PENCEGAHAN JENAYAH & KESELAMATAN KOMUNITI



CERAMAH KHAS PENCEGAHAN JENAYAH & KESELAMATAN KOMUNITI

Penceramah : ACP Che Man bin Md Dros, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti N.Sembilan

Tarikh: 21 Mac 2016, Isnin
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Semua dijemput hadir, terbuka kepada semua penganut agama


Tuesday, February 16, 2016

KISAH BENAR – Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Pelarian Syria



KISAH BENAR – Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Pelarian Syria
Perkongsian oleh Dr. Riduan Mohd Nor, Ketua Penerangan Muslim Care
Tarikh : 25 Februari 2016, Khamis
Masa : 8 malam
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Semua dijemput hadir