Tuesday, July 12, 2011

Sambutan Ramadhan Taman Alamanda 23 Julai 2011

Kepada :
Semua muslimin dan muslimat penghuni Taman Alamanda

Assalamualaikum ,

PER : SAMBUTAN RAMADHAN, BACAAN YASIN, SOLAT HAJAT

Sukacita dimaklumkan tuan/puan sekeluarga dijemput untuk menghadiri Majlis Sambutan Kedatangan Ramadhan, Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk pelajar UPSR/PMR/SPM/STPM pada Sabtu 23 Julai 2011 di Surau Taman Alamanda. Aturcara majlis adalah seperti berikut :

9 pg – Gotong royong membersih surau
2 ptg – Gotong royong memasak
7.20 mlm – Solat Maghrib / Bacaan Yasin
9.00 mlm – Solat Isya / Solat Hajat / Jamuan makan malam
10 mlm – Berkemas dan bersurai

Semoga dengan kehadiran tuan/puan sekeluarga , akan memberi manafaat kepada kita semua serta mengeratkan persaudaraan dan kerjasama sesama kita dan dirahmati Allah swt.

Sekian, wassalam.

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Yang menjalankan amanah ,
Khairuzzaman bin Mohd Yusof
Pengerusi Surau dan Taman Alamanda

BORANG SUMBANGAN SAMBUTAN RAMADHAN, BACAAN YASIN,
SOLAT HAJAT

Nama :
Alamat :
Tel :
Sumbangan : RM
Cek atas nama : JAWATANKUASA SURAU TAMAN ALAMANDA
Bank Muammalat Seremban . No Akaun : 05010001181713

No comments:

Post a Comment