SEMARAK KITAR
SEMULA MENJEJAKI SUNNAH NABI
Adalah
dimaklumkan Surau serta KAFA Taman Alamanda dengan kerjasama kumpulan kompang
remaja Alamanda akan mengadakan Program Kitar Semula pada hari Sabtu 1 Dis
2012.
Sehubungan dengan itu pihak kami mengharapkan agar tuan/puan
dapat memberi sumbangan barangan kitar semula seperti surat khabar lama, besi buruk, komputer/skrin
rosak, barang elektrik rosak, botol plastik, dan sebagainya.
Sila hantar serta susun barangan kitar semula tersebut di
luar pejabar KAFA Taman Alamanda, Senawang bermula jam 7 pagi sehingga jam 11
pagi pada Sabtu 1 Dis 2012.
Surat
khabar lama atau kertas perlulah diikat atau dimasukkan dalam kotak. Botol
plastik hendaklah dimasukkan dalam karung besar dan sebagainya untuk memudahkan
pengurusan penjualan.
Hasil jualan program ini akan disalurkan ke tabung membaik
pulih kelas KAFA Alamanda serta aktiviti belia di taman ini.
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun: JAWATANKUASA
SURAU TAMAN ALAMANDA di Bank Muamalat (Seremban), No Akaun :
05010001181713 atau KAFA TAMAN ALAMANDA
, di Maybank (Senawang), No Akaun : 555126502286 atau boleh disalurkan melalui
AJK Surau dan Taman Alamanda.
Kerjasama dari pihak tuan adalah amat diharapkan dan
dihargai.
Untuk pertanyaan
sila hubungi Rozmal 012-2267406, SU Setiausaha Surau dan Taman Alamanda
PENGENALAN
PROGRAM KITAR SEMULA
Amalan kitar
semula merujuk kepada perbuatan mengguna semula bahan buangan untuk lain-lain
kegunaan.
Amalan yang
ditonjolkan oleh junjungan kita Rasulullah SAW dalam mempraktikkan kitar semula
sewajarnya dicontohi oleh kita pada hari ini. Dalam sebuah hadith telah
diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menjahit dan menampal kasut Baginda.
Perbuatan berkenaan telah memanjangkan lagi jangka hayat baju dan kasut
Baginda. Kisah ini memberi gambaran yang jelas kepada kita bahawa Rasulullah
SAW sendiri mengoptimumkan penggunaan sesuatu barang dalam kehidupan Baginda.
Dalam hadith yang
lain pula telah diriwayatkan bahawa sahabat Baginda, Saidina Abu Bakar pernah
berpesan kepada keluarganya agar mengkafankan beliau dengan baju yang beliau
miliki. Ini kerana, beliau berpendapat bahawa kain yang baharu boleh
dimanfaatkan oleh orang yang masih hidup. Di sini memperlihatkan kepada kita
bahawa sahabat Rasulullah SAW juga menunjukkan sikap yang sama dengan
Rasulullah SAW iaitu mengoptimumkan penggunaan sesuatu barang.
Dari Ibnu Abbas,
katanya : "Sahaya dari Maimunnad diberi hadiah seekor kambing yang
kemudiannya kambing itu mati. Maka lewatlah Rasulullah s.a.w. lalu berkata :
"Lebih baik kulitnya diambil dan disamak , sesudah itu dapatlah kamu
pergunakan." Mereka berkata : "Kambing itu sudah menjadi
bangkai". Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Yang haram hanya memakannya."
Hadis sahih riwayat Muslim
MATLAMAT DAN
OBJEKTIF PROGRAM
Matlamat dan
objektif program ialah untuk;
- Menanamkan
semangat cinta kepada Nabi saw melalui progam kitar semula.
- Mengurangkan
pencemaran alam sekitar. Apabila ramai dikalangan masyarakat yang mengamalkan
amalan kitar semula , masalah pencemaran boleh diatasi dengan lebih efektif .
- Memupuk sikap
berjimat cermat. Sikap berjimat cermat mamberikan banyak faedah kepada
pengamalnya. Kita boleh menabung atau mengurangkan penggunaan sesuatu sumber.
- Menceriakan
persekitaran alam sekitar . Melalui kaedah guna semula , kita boleh
memanfaatkannya untuk menceriakan persekitaran kita . Mengurangkan penggunaan
sumber . Melalui kitar semula kita boleh mengurangkan penggunaan sumber kerana
kita boleh mengurangkan pembelian untuk sumber yang baru dengan menggunakan
sumber yang sedia ada .
- Menambah dana
untuk tabung bantuan melalui amalan jual beli untuk disalurkan ke tabung
keperluan setempat.
No comments:
Post a Comment