KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP REMAJA REMBAU 2012
Tarikh : 11 April 2012, Rabu
Masa : 8 pg - 1 tgh
Tempat : Gelanggang Tertutup Sports Planet , Senawang
Yuran : RM 20/pasukan
Hadiah : Johan RM 100, Naib RM 75, Ke-3 RM 50, Ke-4 RM 25
KATEGORI
1. Bawah 15 tahun lelaki (terhad 8 pasukan)
2. Bawah 12 tahun lelaki (terhad 8 pasukan)
Anjuran : Surau Taman Alamanda dan Unit Amal Rembau.
Untuk penyertaan, penajaan hadiah atau pertanyaan sila hubungi :
Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com
Izamri 013-2124086 izamribb@yahoo.com
Untuk mengelakkan unsur judi dalam Kejohanan Futsal ini adalah dimaklumkan hadiah untuk kejohanan ini tidak diambil dari yuran penyertaan. Ianya ada hasil sumbangan individu atau mana-mana pihak yang menaja.
Justeru itu kepada mereka yang ingin menaja hadiah untuk kejohanan ini sila salurkan ke akaun :
Nama akaun : JAWATANKUASA SURAU TAMAN ALAMANDA
Bank Muamalat (Seremban)
No Akaun : 05010001181713
atau akaun Maybank 155126945930
A. PERATURAN
- Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut undang-undang pihak penganjur
- Pertandingan akan diadili oleh pengadil dari ahli Surau Taman Alamanda atau Unit Amal Rembau atau sesiapa saja yang dilantik penganjur
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 April 2012 (Sabtu)
- Pihak penganjur akan menuntukan kedudukan pasukan dalam kumpulan tanpa proses undian.
- Pasukan mestilah mewakili Surau Taman Alamanda atau Unit Amal Rembau
- Untuk bawah 12 tahun lahir pada atau sebelum tahun 2000
- Untuk bawah 15 tahun lahir pada atau sebelum tahun 1997
B. FORMAT KEJOHANAN
- Pertandingan secara liga untuk peringkat pertama. Setiap kategori akan dibahagi kepada 2 kumpulan.
- 2 pasukan berada di kedudukan pertama dan kedua bagi setiap kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir dan seterusnya ke peringkat akhir yang dijalankan secara kalah mati.
- Masa perlawanan adalah selama 11 minit iaitu 5 minit pada separuh masa pertama dan 5 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit waktu rehat.
- Sekiranya berlaku keputusan seri pada peringkat pusingan kalah-mati, kemenangan akan ditentukan melalui sepakan penalti (3 sepakan).
- Sekiranya berlaku seri dalam sepakan penalti, kemenangan akan ditentukan melalui lambungan duit siling.
C. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
- Pemain dikehendaki memakai seluar panjang/trek dan berkasut (tanpa stad)
- Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang (5 pemain dan 2 simpanan) dan seorang pengurus pasukan (pengurus mesti berusia 18 tahun ke atas dan bertanggungjawab atas keselamatan dan kebajikan pemain).
- Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.
- Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini tanpa pemulangan yuran penyertaan.
- Keputusan pihak penganjur/pengadil dalam apa-apa perkara adalah muktamad.
D. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
- Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.
- Mana-mana pasukan yang lewat lebih 1 minit masuk gelanggang dikira kalah seperti berikut; Pasukan lawan mendapat kemenangan 2-0.
- Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.
- Setiap pasukan tidak boleh membuat bantahan.
- Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.
*************
Hukum sertai pertandingan memancing
Soalan:SAYA gemar memancing dan sering menyertai pertandingan memancing. Persoalannya, adakah menyertai pertandingan memancing yang menawarkan hadiah seperti RM5,000 bagi tempat pertama juga termasuk dalam judi?
Jawapan:
Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta.
Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil dari sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi?
Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya haram. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian.
Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari penganjur atau agensi yang menaja.
Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa: "Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman". (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154).
Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)
Dalam pertandingan memancing atau sebagainya, ada unsur pertaruhan atau jika membabitkan hadiah atau pemberian. Walaubagaimanapun tidak semua hadiah akan menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan oleh syarak.
Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut:
1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta).
2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: "Ayuh berlumba denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku."
Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan.
Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau pertaruhan. Adapun jika hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya.
Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:
1. Jenis pertandingan adalah harus, tidak haram.
2. Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian.
3. Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi atau sebagainya.
4. Tidak melalaikan dari kewajipan syarak; solat dan sebagainya.
5. Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram. (Ahkam al-Musabaqat Fi asy-Syari'ah al-Islamiyyah, Abdus-Somat bin Muhammad Balhaji, Dar an-Nafais, Jordan (2004).
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm