Monday, June 25, 2012

MAJLIS SAMBUTAN NISFU SYAABAN 1433 H

Sukacita dimaklumkan tuan/puan sekeluarga dijemput hadir ke majlis berikut :

MAJLIS SAMBUTAN NISFU SYAABAN 1433 H
Tarikh : 4 Julai 2012 / 15 Syaaban 1433, Rabu
Masa : Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda

Aturcara
- Solat Maghrib
- Bacaan Yasin
- Solat Isya
- Jamuan

Semoga dengan kehadiran tuan/puan sekeluarga akan diredhai dan diberkati Allah hendaknya dan mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Sekian, wassalam.

Yang benar
Khairuzzaman bin Mohd Yusof
Pengerusi Surau dan Taman Alamanda

Ceramah Menjelang Ramadhan

CERAMAH MENJELANG RAMADHAN
Tarikh : 14 Julai 2012 , Sabtu
Masa : 7.30 malam (selepas solat Maghrib)
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Kamil Ismail

Kuliah Ustaz Ruslan 30 Jun 2012 di Senawang

KULIAH TASAWUF
Oleh Ustaz Ruslan Abd Razak
Tarikh : 30 Jun 2012 , Sabtu
Masa : 7.30 malam (selepas solat Maghrib)
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Antara Pengisian:
- Ratib Al Hadad,
- Syarah Kitab Tajul ‘Urus,
- Selawat

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Kemaskini


Wednesday, June 13, 2012

Ceramah Israk Mikraj 17 Jun 2012 di Senawang

CERAMAH ISRAK MIKRAJ
Tarikh : 17 Jun 2012, Ahad
Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Nazree Mohd Yunus

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Dua peristiwa penting yang berlaku pada tanggal 27 Rejab :

1. Pada malam 27 Rejab tahun yang ke 11 selepas perlantikan Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam sebagai Rasul berlaku peristiwa yang bersejarah dalam Islam iaitu Isra' dan Mi'raj.

2. Bumi Al-Quds telah dibebaskan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H bersamaan dengan 2 Oktober 1187 selepas 88 tahun di bawah jajahan tentera Salib. Pembebasan ini dilakukan oleh pihak muslimin di bawah kepimpinan Sultan Salahuddin al-Ayyubi, seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh.