Monday, August 22, 2011

Saturday, August 13, 2011

Skim keselamatan Taman Alamanda

SKIM KAWALAN KESELAMATAN
Musim Cuti Hari Raya Idil Fitri 1432 H / 2011 M
Taman Alamanda , Senawang

* Kawalan Keselamatan Untuk 2 Hari Sebelum Raya Hingga Raya Ketiga
* Yuran RM 20
* Mengurangkan Risiko Kes Kecurian

Mereka yang berminat sila isi borang yang disediakan dan serahkan sebelum 26 ogos 2011 kepada Abg Salleh, Ustaz Khairuzzaman , Sdr Rozmal , Sdr Ghazali.

Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Imam al-Hakim dari Ja'far bin Amr bin Umayah dari ayahnya, ia berkata, "Seseorang berkata kepada Nabi, Aku lepaskan unta ku dan (lalu) aku bertawakal?' Nabi bersabda : 'Ikatlah kemudian bertawakallah'."


Wednesday, August 10, 2011

Hamilye Sham selamat jalani pembedahan jantung

Dimaklumkan Sdr Hamilye Sham dari jalan Alamanda 3 telah selamat menjalani pembedahan jantung (coronary bypass) pada Jumaat 5 Ogos 2011 di Hospital KPJ, Seremban. Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik sekarang, dan kini berada di wad biasa di Wad 333A Hospital KPJ, Seremban. Beliau mengucapkan terimakasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan dan keselamatan beliau.

Monday, August 8, 2011

Kuliah Us Norazman Mohamad 20 Ogos 2011 Senawang



KULIAH SUBUH
Oleh Ustaz Norazman Mohamad , Pendakwah Bebas
Tarikh : 20 Ogos 2011, SABTU
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang


Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Ingin membuat pelaburan unit trust dari KWSP?



Ingin membuat pelaburan unit trust dari sebahagian kecil simpanan KWSP ?

Sila hubungi :

Wan Adnan bin Wan Yaakub (Taman Alamanda, Senawang)
Unit Trust Senior Adviser - MAAKL MUTUAL
Tel : 013-3990096
E-mel : wanadnan_maakl@yahoo.com


*********
Syarat-syarat Pengeluaran

Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1, dan belum mencapai umur 55 tahun. Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.

Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun 1.

Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Anda juga tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang anda sendiri.

Pengeluaran pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh permohonan terakhir diluluskan, tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun 1.

Sumber : http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2life&pg=bm_p2life_invest&ac=119

Thursday, August 4, 2011

Kuliah Ust Khairil Anuar Wafa 13 Ogos 2011 Senawang



KULIAH SUBUH
Oleh Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa
Tarikh : 13 Ogos 2011, SABTU
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

TAZKIRAH RAMADHAN
Oleh Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa
Tarikh : 18 Ogos 2011, KHAMIS
Masa : Selepas solat Tarawih
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Wednesday, August 3, 2011

Tazkirah, Moreh, Bubur Lambuk Taman Alamanda

Assalamualaikum,

Di bawah ini jadual program sepanjang Ramadhan 1432 H di Surau Taman Alamanda, Senawang :

TAZKIRAH
Jumaat 5 Ogos 2011
Selepas solat Tarawih
Oleh Ustaz Badrul Hisham bin Mohd. Yasin

MAJLIS TAHLIL
Setiap hari Khamis malam Jumaat
Selepas solat Tarawih
(bermula 4 Ogos 2011)

JAMUAN MOREH
Setiap hari Khamis malam Jumaat
Selepas Majlis Tahlil
(bermula 4 Ogos 2011)

AGIHAN BUBUR LAMBUK
Setiap hari Sabtu
Selepas solat Asar
(bermula 6 Ogos 2011)

KULIAH SUBUH
Setiap hari Ahad
(bermula 7 Ogos 2011)

MAJLIS BERBUKA PUASA
20 Ogos 2011 (tertakluk kepada pindaan)