Monday, February 21, 2011

Sambutan Maulid Nabi Taman Alamanda amat meriah

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulid Nabi pada Sabtu 19 Feb 2011 peringkat Taman Alamanda, Senawang berjalan lancar, penuh meriah dengan kerjasama semua peringkat dari cucu-cucu, anak-anak, ibu-ibu, bapa-bapa dan datuk nenek.

Gotong royong memasak bermula sebelum zuhur, ramai yang turun padang membantu terutama kaum ibu.

Acara kemuncak ialah ceramah oleh Ustaz Zulkifli Hj Hasanudin dengan penyampaian berkesan menggunakan multimedia.

Anak-anak pula diberi hadiah bunga telur.














Ahli Badan Khairat - 19 Feb 2011


BADAN KHAIRAT TAMAN ALAMANDA, SENAWANG


BADAN KHAIRAT TAMAN ALAMANDA, SENAWANG

Jawatankuasa Badan Khairat ini terdiri daripada AJK Surau Taman Alamanda

Keahlian adalah terbuka kepada orang Islam yang merupakan penduduk tetap atau penyewa di Taman Alamanda.

Mereka yang ingin menjadi ahli hendaklah mengisi borang yang disediakan beserta yuran pendaftaran RM5 dan yuran bulanan RM5

Seseorang ahli hanya boleh mewakili satu pasangan keluarga serta anak-anak pasangan tersebut sahaja.

Ahli yang gagal menjelaskan yuran sebanyak tiga bulan berturut-turut, tidak akan mendapat manafaat ahli Badan Khairat.

Mereka yang menjadi ahli akan dibayar perbelanjaan kain kapan dan perbelanjaan pengurusan jenazah di surau. Lain-lain perbelanjaan perlu diuruskan oleh waris.

Pengurusan mandi jenazah, kereta jenazah, bacaan talkin, imam solat jenazah, tempat perkuburan adalah dilakukan oleh mereka yang terlatih dan bukan terdiri dari Jawatankuasa Khairat Taman Alamanda.

A. VAN JENAZAH
Majlis Agama Islam 06-7622962 , Hj Majid 013-6984062 , En Shamsudin 012-2475902
Masjid Paroi Jaya , Hj Shafie 012-2239347
Rahman Bothers , Nizam 017-2770772

B. MANDI JENAZAH LELAKI
Hj Hashim – Tmn Senawang Indah 06-6779752 , 013-2755271
Hj Ibrahim – Tmn Tasik Jaya 013-2755271 , 06-6777215
Hj Zaidin – Kg Jiboi 06-7625379

C. MANDI JENAZAH WANITA
Pn Norma – Tmn Desa Dahlia 013-3407810
Pn Mariam – Tmn Senawang Indah 06-6777824
Hjh Minah – Tmn Tasik Jaya 06-6777215
Hjh Asmah – Tmn Marida 06-6772622
Hjh Wok Fahmi – Kg Jiboi 06-7616924
Ustzh Noraidah – Tmn Bukti 012-6184787
Pn Fuadah – Tmn Satria 06-6775695

D. TANAH PERKUBURAN
Makam Tuan Haji Said - Rizuan 019-3989197 , Falizul 012-9205597
Perkuburan Senawang - Omar 013-2210984 , Hamid 017-6052603

E. KAIN KAFAN DAN KELENGKAPAN LAIN
Kedai Hj Yusof Jln Yam Tuan 06-7616144
Kedai Rahim – Jln Yam Tuan 06-7625371
Bengkel Khairussani – Jln Jelebu 06-7625559

F. ANGGARAN PERBELANJAAN PENGURUSAN JENAZAH
Kain kapan RM 200 – RM 250 (Manafaat Ahli Badan Khairat)
Pengurusan jenazah di surau RM 100 (Manafaat Ahli Badan Khairat)
Mandi jenazah RM 100 – RM 150 (Diuruskan oleh waris)
Pengurusan kubur RM 50 – RM 150 (Diuruskan oleh waris)
Papan lahad RM 150 (Diuruskan oleh waris)
Permit kubur MPS RM 60 (Diuruskan oleh waris)
Kereta jenazah RM 100 (sekitar Seremban) (Diuruskan oleh waris)
Solat jenazah RM 50 (Diuruskan oleh waris)
Talkin RM 50 (Diuruskan oleh waris)
JUMLAH RM 860 – RM 1060

Kemaskiini 10 Januari 2011